Wednesday 8 April 2015

Kisah Al-Bara’ bin Malik Al-Ansori



Al-Bara’ bin Malik Al-Ansori

“Rambutnya kerinting, tubuhnya kurus keding dan kulitnya cukup hitam. Orang memandang lekeh kepadanya dan segan bertemu dengan dia…”


Tetapi walaupun begitu, dia telah membuktikan keberaniannya sanggup menewaskan ratusan orang musyrik dalam beberapa kali perang tanding satu lawan satu. Belum termasuk yang ditewaskannya dalam perang berkecamuk



“Jangan kamu lantik Al-Bara’ memimpin tentera Islam, kerana bimbang dia akan membinasakan tentera musuh lantaran keberaniannya.”

(Khalifah Umar Al-Khattab RA)



LATAR BELAKANG
    1. Al-Bara’ bin Malik bin Al-Nadhir
    2. Berasal dari Bani Khazraj
    3. Ibunya bernama Ghumaiso’ binti Milhan (Ummu Sulaim RA)
    4. Abang kepada Anas bin Malik RA
    5. Meninggal dunia 640 M dalam Perang Tustar.

Perang Yamamah
    1. Sesudah kewafatan Nabi SAW, ramai penduduk semenanjung Arab murtad kecuali di Makkah, Madinah & Thaif.
    2. Kelompok terbesar yg murtad adalah Bani Hanifah. Diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab.
    3. Terdiri daripada 40 000 perajurit yg kental & berpengalaman berperang.
    4. Mereka mengikut Musailamah bukan kerana percaya kepada kebenarannya, tapi atas fanatik kesukuan.
    5. Abu Bakar RA membentuk 11 pasukan tentera & arahkan agar perangi kaum murtad ini. Pasukan pertama menyerang dipimpin oleh Ikrimah bin Abu Jahal RA (Serangan dipatahkan & beliau syahid).
    6. Kemudian, datang pasukan Khalid Al-Walid yg di dalamnya terdapat Al-Bara’ bin Malik.
    7. Perang berlangsung, tentera Musailamah lebih unggul & berjaya menyerbu hingga ke perkhemahan Khalid. Isteri Khalid nyaris terbunuh.
    8. Khalid segera mengubah taktik. Beliau bahagikan tentera Islam mengikut kelompok desa & dilantik seorang ketua dari mereka.
    9. Tentera Islam menyerbu lagi, kali ini dengan kemampuan yang berbeza.
    10. Pihak Musailamah pula terpaksa bertahan & korban dari mereka makin melebar.
    11. Tsabit bin Qais RA pikul bendera Ansar. Lilit badannya dgn kain kafan & tanam kakinya hingga lutut sambil kibarkan bendera Ansar hingga syahid.
    12. Salim Abu Hudzaifah RA (pembawa bendera Muhajirin) syahid setelah menyerbu dgn beraninya. 
    13. Begitu juga Zaid bin Al-Khattab RA syahid dgn beraninya.
    14. Ketika pertempuran semakin berkobar, Khalid RA berpaling kpd Al-Bara’ & perintahkan: Kerahkan mereka, hai pemuda Ansar!”
    15. Al-Bara’ pun menyeru: “Wahai kaum Ansar, Jangan kalian berfikir-fikir hendak kembali ke Madinah. Tidak ada lagi Madinah sesudah hari ini. Ingatlah kepada Allah semata-mata. . kemudian kepada syurga.”
    16. Musailamah & tenteranya terdesak & berundur ke KEBUN MAUT.
    17. Pagarnya tinggi & kukuh. Musailamah dan puluhan ribu tentaranya mengunci pintu rapat-rapat dari dlm. Mereka bertahan dlm kebun itu seperti dlm benteng. Dari puncak pagar mereka menghujani kaum muslimin yang berusaha masuk kebun dengan panah.
    18. Idea Al-Bara’: “Angkat saya dgn galah & lindungi saya dgn perisai dari panah-panah musuh. Sesudah itu lemparkan saya ke dlm kebun dekat pintu. Biarlah saya syahid utk membukakan pintu bagi kalian.”
    19. 10 orang lemparkannya ke dlm KEBUN MAUT.
    20. Al-Bara’ meluncur di atas ribuan tentara Musailamah. Tiba sahaja di seberang terus menghayun pedangnya membunuh 10 org penjaga pintu.
    21. Al-Bara’ segera membukakan pintu bagi kaum muslimin yg segera menyerbu ke dlm.
    22. Tentera Islam berjaya menghancurkan kekuatan tentera murtad. 20 000 org terbunuh termasuk Musailamah.
    23. Al-Bara’ mendapat 9 luka dalam di seluruh tubuhnya. Beliau segera dinaikkan ke atas kenderaan utk diubati.
    24. Khalid RA merawatnya selama sebulan, barulah luka Al-Bara’ sembuh.

Perang Tustar
    1. Al-Bara’ terus menceburkan diri dlm peperangan utk memperoleh ganjaran syahid.
    2. Ketika pembebasan Kota Tustar di Parsi, tentera Parsi berlindung di benteng yg kukuh.
    3. Temboknya tinggi, besar, pintunya kuat & kukuh.
    4. Tentera Muslimin mengepung benteng itu dgn ketat hingga menyulitkan Tentera Parsi.
    5. Mereka hulurkan cangkuk-cangkuk yg besi panas membara dari atas tembok & mengaitkan tentera Islam ke atas.
    6. Tentera Islam yg terkait diangkat ke atas. Ada yg terbunuh akibat kepanasan yg teramat sgt.
    7. Tiba-tiba Anas bin Malik RA terkait oleh cangkuk besi panas itu.
    8. Al-Bara’ RA lantas melompat ke dinding benteng lalu memegang cangkuk panas itu & cuba melepaskannya dari badan adiknya.
    9. Akhirnya cangkuk itu terlepas dari badan Anas RA, sebaliknya tangan Al-Bara’ RA terbakar hingga daging-dagingnya hancur meninggalkan tulang.
    10. Dlm keadaan itulah, beliau menemui syahid yg diidam-idamkannya selama ini… 

“Sesungguhnya orang2 yg beriman & mengerjakan amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga ‘Adn yg mengalir di bawahnya sungai2; mereka kekal di dlmnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka & mereka pun redha kpd-Nya. Yg demikian itu adalah (balasan) bagi orang yg takut kpd Tuhannya.”
(Al-Bayyinah 98: 7 -8)



# Sila jawab soalan perbincangan berikut dan bentangkan dalam bentuk peta minta dalam sesi perbentangan kumpulan.

• Berdasarkan kisah ini, terangkan ciri2 watak utama beserta contoh.
• Pengajaran yg boleh diambil dari kisah ini
• Sebagai pemuda yang punya tenaga, masa, bakat, kemahuan yg tinggi, idea, semangat, akal, dll.  ; bagaimana kita manfaatkan pemberian Allah ini ?
   - Sebagai anak,
   - Sebagai pelajar, sahabat
   - Sebagai anggota masyarakat

~Urusetia JMG Siri 3~

No comments:

Post a Comment