Wednesday 5 December 2012

GENERASI AL-QURAN



Tarbiyah Islamiyah adalah langkah pendidikan, pembinaan dan pembentukan keperibadian yang teratur, terarah, sistematis dan terprogram secara berkesinambungan sepanjang hayat. Program tarbiyah Islamiyah bertumpu pada dua manhaj sehingga menjadi dapat menjadi program yang jelas iaitu manhaj 'ilmi (tu'allimuunal kitaab) dan manhaj 'amali (tadrusuun) sebagaimana firman Allah:



"Jadilah kamu generasi Rabbani - yang sempurna iman dan taqwanya, kerana kamu sentiasa mengajarkan kitab dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya." (Ali-Imran, 3: 79)



Generasi Rabbani adalah generasi yang sentiasa melakukan tarbiyah sepanjang hidupnya. Bukan sekadar mengaji dalam erti membaca al-Quran, tapi lebih dari sekadar itu. Ia juga selalu menyampaikannya kepada orang lain, bahkan ia pun sentiasa mempelajarinya. Sehingga generasi rabbani inilah yang dikatakan oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik manusia.



"Sebaik-baik kalian adalah orang yang sentiasa mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain." (HR Bukhari)



Jadi, generasi rabbani secara automatiknya adalah generasi Al-Quran kerana akrab dengan Al-Quran, menjadi pembelajar dan pengajarnya.



Generasi Al-Quran ini disebut oleh Syed Qutub sebagai generasi unik, Jailul Qurani Al-Farid. Mengapa? Kerana Al-Quran menjadi ruhnya. Al-Quran keperibadiannya. Al-Quran sumber asasi hidupnya. Al-Quran pula yang merevolusi kehidupannya. Al-Quran akhlaknya. Sebagaimana beliau ungkapkan dalam kitab Ma'alim Fith Thoriq (Petunjuk Sepanjang Jalan). Maka, bila kekuatan Al-Quran telah menyatu dalam peribadi muslim, maka ia akan menjadi peribadi yang unik dan dahsyat.



Generasi para sahabat menjadi contoh yang terbaik di mana golongan ini diakui sebagai generasi yang hebat dalam sejarah tamadun manusia. Apa rahsianya? Itulah generasi Al-Quran. Generasi yang seterusnya yang membawa kegemilangan Islam seperti Salahudin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh, juga merupakan generasi Al-Quran yang hebat.

Islam hanya bangkit apabila kita mencontohi dan menjejaki Generasi Al-Quran. Bukan hanya tahu dan hafal temanya sahaja tapi perlu dihadam dan diredam agar ianya benar-benar menjadi kenyataan.



Wallahua'lam






"Impian Semalam adalah Kenyataan Pada Hari Ini, 

Impian Hari Ini adalah Kenyataan Pada Hari Esok"





LAPORAN GEN-Q CAMP 2012



Pada 16 – 18 November 2012, julung-julung kalinya IKRAMTeens N.Sembilan menganjurkan GEN-Q CAMP 2012 yang merupakan Mukhayyam Remaja Peringkat N.Sembilan bertempat di D’Kok Eco Camp, Kuala Pilah. Bertemakan “In The Footsteps of Quranic Generation”, program ini diharapkan dapat mengajak para peserta menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup yang praktikal, khususnya menjadikan Sunnah Rasulullah s.a.w. serta keperibadian salafussoleh sebagai ikutan.
Matlamat GEN-Q CAMP 2012 ini adalah untuk mengumpulkan seluruh remaja dari lingkungan umur 13 – 18 tahun yang pernah mengikuti halaqah dan program umum anjuran IKRAMTeens N.Sembilan. Seramai 59 remaja menyertai program ini iaitu 27 orang lelaki dan 32 orang perempuan dan melibatkan 20 orang urusetia dan fasilitator dengan pelbagai latar belakang.
Sepanjang program ini, para peserta dibahagikan kepada 9 kumpulan yang diberikan nama tokoh-tokoh Generasi al-Quran di kalangan para sahabat iaitu Usamah bin Zaid, Mush’ab bin Umair, Abu Ubaidah al-Jarrah, Muaz bin Jabal, Al-Khansaa, Asma’ bt Umays, Nusaybah bt Kaab, Ummu Haram bt Milhan dan Safiyyah bt Abd Mutalib. Program selama 3 hari 2 malam ni menggabungkan aktiviti berbentuk indoor dan outdoor. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti Ice Breaking, Tazkirah, Tayangan Video Sirah, Syabab Conquest (Kayak, Tadabbur Alam (Jungle Trekking) dan Water War Games), Malam Cahaya Aspirasi, Ceramah – Formula Kebangkitan Umat, LDK – 10 Ciri Individu Muslim dan Refleksi & Resolusi. Setiap aktiviti yang dilaksanakan Insya Allah mempunyai ibrah yang perlu difahami oleh setiap peserta.
Semoga program ini menjadi batu loncatan kepada dakwah Islam di kalangan remaja dan para peserta dan urusetia benar-benar menghayati dan menjejaki Generasi al-Quran yang diidam-idamkan. Insya Allah.



Untuk gambar dan video program, boleh lawat di sini:


 


Disediakan Oleh,

(ABU HANIFAH BIN MOHD KAMAL)
Pengarah,
GEN-Q CAMP 2012

Thursday 1 November 2012

GEN-Q CAMP 2012

Assalamu'alaikum....
Jom sertai GEN-Q CAMP bertemakan In The Footsteps of Quranic Generation anjuran IKRAMTEENS NEGERI SEMBILAN  untuk para remaja. Berikut adalah maklumat tentang program :


SILA DAFTAR SEGERA TERHAD UNTUK 60 TEMPAT KOSONG SAHAJA!!!

Monday 22 October 2012

Aku Cintakan Kelelahan…



Terlalu banyak kalimah Rabb yang termaktub di dalam kalam-NYA yang mencerita dan menjanjikan kemenangan yang sebenar bagi orang-orang yang berjuang dan memperjuangkan agama yang mulia ini. Ayat itu ayat ini..surah itu surah ini…Nah sudah cukup rasanya untuk menidakkan kehadiran kita di dalam barisan kemenangan ini  namun realiti hari ini menyaksikan orang kebanyakkan tidak sedar kedahsyatan tawaran ini yang mana jika dihebahkan sehingga faham, saya pasti manusia lebih tertarik untuk bersama dengannya. 

Lebih membarah sekiranya yang sudah kenal apa itu tarbiah dan sudah ‘masak’ dengan daurah dan khatibah, beranggapan sudah cukup baik sebenarnya berada dalam assabiyah kebaikkan, tidak perlu lebih-lebih. “Allah tidak membebani umatnya melebihi kemampuannya…”kalau inilah hujah yang acapkali diulang-ulang, saya tidak mahu paksa, teruskan dengannya. Cuma anda sebenarnya sudah terlalu hampir namun tidak cukup untuk menikmati kelazatan kepenatan itu.

Namun suka untuk saya coretkan satu pesanan yang  saya kira cukup layak untuk si penuturnya menuturkan kata-kata ini.

 “Barangsiapa yang telah berazam dalam hidupnya, untuk hidup bersama dengan agamanya, maka dia akan hidup dalam kelelahan. Namun bagaimanapun (walau lelah) dia hidup dalam keagungan dan menjemput kematian dalam keagungan”.

Sosok tubuh yang saya mimpikan untuk jadi sepertinya ialah As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Rujuklah banyak bahan samada di internet mahupun buku-buku kisah perjuangan beliau yang telah menikmati kelelahan itu demi menegakkan agamaNYA sehinggakan 3 butir peluru berpandu Israel laknatullah pun mencemburuinya. Dengan kerusi roda dan selendang itulah beliau diarak ke sana ke sini memberi nur agama buat yang mendambakannya. Penghujung hidupnya bertemukan syahid yang kita semua heboh-hebohkan. Wah jelousnya!

Hidup seharian sebagai insan yang inginkan kebaikkan kepada umat memang memenatkan sehingga kadang-kadang si suami mengelah isteri mendengar juga sebaliknya, itu lumrah.Berpagian sehingga ke lewat malam ada sahaja perencanaannya. Bukan itu sahaja, kewangan juga merasai kelelahan itu sehinggakan cukup bulan duit simpanan sekadar cukup minum kopi di kedai mamak sahaja setelah banyaknya duit masuk ke poket dakwah.

Wah kesiannya. Hidup apa seperti ini? “

Namun yakinlah sudah ramai manusia hebat yang telah melalui kepayahan dan kepenatan ini dan mereka berjaya di neraca Allah. Bukankah itu juga yang kita cemburukan?

Ayuh bersemangatlah!

Pilihlah jalan yang terbaik untuk penghidupan anda di akhiran nanti. Inshallah mudah-mudahan kita jumpa di sana.


Hasil Nukilan,
Amir Farid Bin Sabuddin

Kisah Abdullah bin Ummu Maktum



Salam,
Dikongsikan satu kisah mengenai seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abdullah b Ummu Maktum. Beliau ini buta tapi ingin berjihad seperti orang lain terutama selepas turunnya ayat 95 dalam surah An-nisa'. Walaupun OKU tapi tetap mahu bersama tentera Islam. Maknanya tiada alasan untuk kita tidak mahu berbuat dakwah dan berjihad sebab kita sempurna fizikal. Contohilah sahabat yang agung ini. Akhirnya beliau syahid dalam peperangan Qadisiyyah dalam keadaan masih memegang panji tentera islam sepertimana janjinya pada Umar r.a.
INGAT YA! NO EXCUSE!!!!

Kisah Abdullah b Ummu Maktum

Antara yg awal peluk Islam. Buta tapi sanggup menerima tentangan quraisy
Berhijrah ke Madinah bersama Musab b Umair
Dipersaudarakan dgn Bilal
Menjadi muazzin kedua.
Allah anugerah deria mengetahui masuknya waktu subuh.
Amat bersegera belajar ilmu dari wahyu Yg turun. Berilmu - hatta-
Sebanyak 13 kali menggantikan Nabi menjadi imam semasa xpdesi

Semasa perang, turun ayat anNisa :95
قاعدون - person not doing anything
beliau tetap tak mahu bersama org2 yg santai., hati meronta2 utk turut turun berperang.

Akhirnya semasa perang Qadissiyah - minta izin kpd Umar.
‘Wahai Umar, tentera Islam memerlukan seorang yang tetap memegang panjinya. Berikanlah tanggungjawab itu kepadaku.
"Aku ini buta, akan kuredah semua di hadapanku, engkau akan perlukan orang yang tidak akan menjatuhkan atau membuatkan panji Islam tergelincir. Orang itu ialah aku. aku akan mara tatkala orang lain mengelak tikaman tetapi aku tidak, dan engkau perlukan seseorang sepertiku’..(ulang Abdullah berkali-kali)"

Perang sengit 3 hari - syahid masih memeluk bendera panji Islam.

Pengajaran:
OKU bukan alasan utk excuse. Tak mahu digolong 'org yg tinggal'

Tahu mana nak letak dirinya, tiada low- esteem walau pun buta.