Monday 22 October 2012

Aku Cintakan Kelelahan…



Terlalu banyak kalimah Rabb yang termaktub di dalam kalam-NYA yang mencerita dan menjanjikan kemenangan yang sebenar bagi orang-orang yang berjuang dan memperjuangkan agama yang mulia ini. Ayat itu ayat ini..surah itu surah ini…Nah sudah cukup rasanya untuk menidakkan kehadiran kita di dalam barisan kemenangan ini  namun realiti hari ini menyaksikan orang kebanyakkan tidak sedar kedahsyatan tawaran ini yang mana jika dihebahkan sehingga faham, saya pasti manusia lebih tertarik untuk bersama dengannya. 

Lebih membarah sekiranya yang sudah kenal apa itu tarbiah dan sudah ‘masak’ dengan daurah dan khatibah, beranggapan sudah cukup baik sebenarnya berada dalam assabiyah kebaikkan, tidak perlu lebih-lebih. “Allah tidak membebani umatnya melebihi kemampuannya…”kalau inilah hujah yang acapkali diulang-ulang, saya tidak mahu paksa, teruskan dengannya. Cuma anda sebenarnya sudah terlalu hampir namun tidak cukup untuk menikmati kelazatan kepenatan itu.

Namun suka untuk saya coretkan satu pesanan yang  saya kira cukup layak untuk si penuturnya menuturkan kata-kata ini.

 “Barangsiapa yang telah berazam dalam hidupnya, untuk hidup bersama dengan agamanya, maka dia akan hidup dalam kelelahan. Namun bagaimanapun (walau lelah) dia hidup dalam keagungan dan menjemput kematian dalam keagungan”.

Sosok tubuh yang saya mimpikan untuk jadi sepertinya ialah As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Rujuklah banyak bahan samada di internet mahupun buku-buku kisah perjuangan beliau yang telah menikmati kelelahan itu demi menegakkan agamaNYA sehinggakan 3 butir peluru berpandu Israel laknatullah pun mencemburuinya. Dengan kerusi roda dan selendang itulah beliau diarak ke sana ke sini memberi nur agama buat yang mendambakannya. Penghujung hidupnya bertemukan syahid yang kita semua heboh-hebohkan. Wah jelousnya!

Hidup seharian sebagai insan yang inginkan kebaikkan kepada umat memang memenatkan sehingga kadang-kadang si suami mengelah isteri mendengar juga sebaliknya, itu lumrah.Berpagian sehingga ke lewat malam ada sahaja perencanaannya. Bukan itu sahaja, kewangan juga merasai kelelahan itu sehinggakan cukup bulan duit simpanan sekadar cukup minum kopi di kedai mamak sahaja setelah banyaknya duit masuk ke poket dakwah.

Wah kesiannya. Hidup apa seperti ini? “

Namun yakinlah sudah ramai manusia hebat yang telah melalui kepayahan dan kepenatan ini dan mereka berjaya di neraca Allah. Bukankah itu juga yang kita cemburukan?

Ayuh bersemangatlah!

Pilihlah jalan yang terbaik untuk penghidupan anda di akhiran nanti. Inshallah mudah-mudahan kita jumpa di sana.


Hasil Nukilan,
Amir Farid Bin Sabuddin

No comments:

Post a Comment