Tuesday 24 December 2013

LAPORAN PROGRAM RELAKS...(REHLAH REMAJA IKRAMTEENS NEGERI SEMBILAN) pada 23 dan 24 NOVEMBER 2013




Pada 23 – 24 November 2013, IKRAMTeens N.Sembilan telah menganjurkan RELAKS yang merupakan Rehlah Remaja IKRAMTEENS N.Sembilan bertempat di Homestay Akhma, Kg Sungai Dua, Kuala Pilah.

Matlamat RELAKS ini khusus untuk mengumpulkan remaja lelaki disekitar Negeri Sembilan yang pernah mengikuti halaqah dan program umum anjuran IKRAMTeens. Seramai 15 remaja menyertai program ini dan melibatkan 11 orang urusetia dan fasilitator dengan pelbagai latar belakang.

Program selama 2 hari 1 malam ni menggabungkan aktiviti berbentuk indoor dan outdoor. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Ice Breaking,  Riadah Alam di Sungai Ulu Bendul, Tazkirah, Perkongsian Mukaddimah ISK -  Ini Sejarah Kita dan Syahadatain.

Seawal jam 8.30pagi, peserta telah berkumpul untuk pendaftaran dan solat dhuha di Masjid Bandar Baru Senawang. Jam 9.30pagi, fasilitator dan peserta mula bergerak ke Taman Rekriasi Ulu Bendul. Slot pertama telah dimulakan sekitar jam 10.30pagi iaitu slot Ice Breaking yang diketuai oleh Pak Ucu dan Akhi Khairi.

Bermula jam 11.00 pagi, ikhwah memulakan aktiviti riadah mereka dalam air sungai. Sesi ta’aruf telah berlaku secara tidak langsung diantara fasilitator dan para peserta sewaktu mereka  menikmati aktiviti riadah. Pada jam 11.30 pagi, urusetia memulakan aktiviti menghidupkan api untuk aktiviti ‘BBQ’ dan Alhamdulillah kami mula menikmati makanan sekitar jam 12.30 t/hari.

Usai menikmati makanan, kami bersiap untuk melaksanakan tanggungjawab solat zuhur secara berjemaah di sekitar kawasan sungai ulu bendul dan kemudian berkemas untuk bergerak ke lokasi utama program RELAKS iaitu di Homestay Akhma, Sungai Dua, Kuala Pilah. Kami tiba di homestay pada jam 2.30 petang.

Slot berikutnya iaitu slot Mukaddimah ISK – “INI SEJARAH KITA” bermula pada jam 3.30 petang. Slot ini telah disampaikan oleh Bro Faridunnaim dari USIM Nilai. Bro Faridunnaim telah memperincikan kepentingan ISK dan diterangkan kembali tujuan hidup manusia, hadith Logam, kelebihan bagi mereka yang faham dan mereka yang mengubah dunia dengan Sains Sosial.

Slot seterusnya dimulakan pada pukul 9.00 malam. Peserta telah dihidangkan dengan satu tayangan video bertajuk “The Legend of Bhagat Singh”. Beliau merupakan seorang pemuda yang cuba membuat satu revolusi. Ciri-ciri yang ditunjukkan beliau ini tidak menghalangnya dari berjaya di sudut yang lain. Beliau sangat bersemangat tetapi dalam masa yang sama, beliau juga seorang pelajar yang sangat cemerlang dalam akademik.

Aktiviti pada hari kedua bersambung seawal jam 5 pagi, peserta dikejutkan untuk berQiamullail seterusnya solat Subuh berjemaah. Selesai solat, kami telah dihidangkan dengan satu tazkirah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Aqib.

Slot pertama pada hari kedua yang bertajuk “Syahadatain” telah disampaikan oleh Akhi Meor dari USIM Nilai yang. Dalam penyampaian slot ini, Akhi Meor menyentuh konsep yang terkandung dalam syahadah iaitu kalimat “ laa ilaaha illallaah” adalah konsep pembebasan manusia dari penghambaan apapun kecuali Allah SWT semata-mata.

Alhamdulillah, slot penutup dan revolusi telah disampaikan oleh Akhi Abu Hanifah, Pengarah IKRAMTEENS Negeri Sembilan pada jam 12.30 t/hari.

Secara keseluruhannya, program berjalan lancar dan mendapat maklumbalas yang memuaskan. Terima kasih diucapkan kepada semua barisan urusetia dan fasilitator yang banyak membantu untuk kelancaran program.


Jazakallahu khairan kathira.

Disertakan gambar-gambar sepanjang program berlangsung.














Thursday 21 November 2013

Rehlah Remaja "RELAKS" : Pendaftaratan ditutup

Pendaftaran ditutup.

Tahniah kepada adik-adik yang telah mendaftar RELAKS...^_^
InsyaAllah esok kita akan berkumpul di Masjid Bandar Baru Senawang jam 8.00pg..


Sila Bawa Barang Keperluan:

Ø Pakaian harian & Keperluan Indoor
Ø Pakaian harian & keperluan outdoor (pakaian & kasut sukan)
Ø Alatan Membersih diri (sabun mandi,berus gigi dll) 
Ø Ubatan [jika anda memerlukannya]
Ø Sleeping Bag/ Selimut
Ø Selipar dan lain-lain keperluan

!!! Alatan yang tidak wajar dilupakan!!!:
     a. Al-Quran
     b. Ma'thurat
     c. Buku dan Alatan Menulis
     d.
 Hati yang ikhlas walaupun sebesar zarah

Monday 5 August 2013

Program Remaja Raikan Ramadhan (3R) - Kuala Klawang

Pada 27 Julai 2013 yang lepas, IKRAMTeens Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Remaja Raikan Ramadhan (3R) bertempat di Masjid Jamek Kuala Klawang. Program yang julung-julung kali diadakan di Kuala Klawang ini disertai seramai 46 remaja di sekitar Kuala Klawang dan dikelolakan seramai 14 orang fasilitator.

Program bermula pada pukul 10.30 pagi dengan Slot - Ice Breaking, diikuti dengan Ceramah - "Ramadhan Aku Datang" yang disampaikan oleh Abang Mohd Saiful Iman. Slot ceramah ini yang memakan masa selama 3 jam lebih menceritakan persedian menghadapi bulan Ramadhan di samping menyentuh sirah di zaman Rasulullah apabila tibanya bulan Ramadhan. Slot - LDK selepas itu lebih kepada perbincangan peserta dengan fasilitator mengenai salah faham dalam bulan Ramdhan. Perbincangan ini lebih kepada penerangan musykilah yang sebenar ketika bulan Ramadhan. Slot - Kreativiti Lailatul Qadar adalah slot di mana para peserta diminta melakarkan gambaran mengenai Lailatul Qadar dalam kumpulan. Ini adalah untuk melihat sejauh mana kefahaman para peserta mengenai malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Majlis diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh En. Shah, Setiausaha Masjid Jamek Kuala Klawang dan diikuti dengan Majlis Iftar bersama dengan ahli kariah masjid.

Secara keseluruhannya, program ini menerima sambutan yang baik dari pihak peserta dan pihak masjid. Pihak IKRAMTeens Negeri Sembilan berharap program ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan dapat membantu golongan remaja ke arah program yang bermanfaat. Golongan remaja ini adalah aset yang cukup bernilai dan perlu dijaga sebaik-baiknya demi kebaikan agama, bangsa dan negara pada masa akan datang.

Sunday 26 May 2013

Wednesday 24 April 2013

LAPORAN KAPSUL AL-KAHFI 1.0



 
Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Allah sw.t, Yang Maha Agung, Pencipta Seluruh Alam, yang telah menurunkan kepada seluruh alam agama Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan agung Ar-Rasul Muhammad s.a.w yang tidak pernah jemu menyampaikan dakwah Islam.

Pada 30-31 Mac 2013 yang lalu, bertempat di Masjid Bandar Baru Senawang, IKRAMTeens Negeri Sembilan dengan kerjasama Futuwwah Excel Training Centre dan Baitul Quran telah menganjurkan daurah sulung untuk remaja yang dinamakan Kapsul Al-Kahfi 1.0. Program ini merupakan daurah peringkat Negeri Sembilan yang telah dihadiri oleh 15 orang remaja dari pelbagai sekolah di seluruh Negeri Sembilan. Tema utama perbincangan daurah remaja kali ini adalah “Ini Sejarah Kita” atau “I.S.K” yang mengenengahkan isu sejarah perkembangan pergerakan dakwah Islam semenjak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w di Makkah lagi sehinggalah zaman kejatuhan pemerintahan khalifah pada tahun 1924.

Daurah bermula pada hari Sabtu, 30 Mac 2013, jam 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta. Daurah  seterusnya dimulakan dengan Slot 1 yang diberi nama “Mukaddimah ISK” telah dikendalikan oleh Akhi Abd. Rahman diikuti dengan sesi LDK ringkas bersama fasilitator dari kalangan belia IKRAM Negeri Sembilan. Selepas Zohor, daurah disambung dengan sesi 2, “I.S.K” yang telah dikendalikan oleh Akhi Abang Ashmirul. Selepas asar, daurah diteruskan dengan slot “Ukhuwah Games” yang telah menjadi saksi kepada pertembungan di antara pihak peserta dengan fasilitator di atas padang futsal di Paroi. Daurah kemudiannya bersambung selepas Isya’ dengan sesi “Penggulungan dan LDK” yang dikendalikan oleh Akhi Mohd Noor dimana peserta telah berbincang dalam kumpulan dan membentangkan apa yang telah mereka pelajari dari sejarah Islam.

Daurah kemudiannya bersambung pada keesokan hari dengan Qiamullail dan Solat Subuh berjemaah diikuti dengan Kuliah Subuh bersama ahli jamaah masjid. Slot seterusnya, “tadabbur Al-Quran” telah disampaikan oleh Ust Suhaimi yang membincangkan mengenai cara mentadabbur Al-Quran dan tadabbur Surah Al-Fatihah. Sesi ini disusuli dengan Slot “U.S.R.A.H” yang disampaikan oleh Akhi Fauzan yang membicarakan mengenai persoalan apakah yang perlu difahami dengan USRAH. Menjelang waktu Zohor, daurah telah diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada para peserta oleh Akhi Abu Hanifah, selaku Pengerusi IKRAMTeens Negeri Sembilan.

Setiap aktiviti yang telah dilaksanakan InsyaAllah padat dengan pelbagai pengajaran dan kemanisan yang perlu difahami oleh setiap peserta. Semoga daurah kali ini menjadi batu loncatan kepada pergerakan dakwah Islam di kalangan remaja dan para peserta serta fasilitator dapat menghayati, menjejaki dan mengembalikan sejarah kegemilangan Islam.







 



Sunday 21 April 2013

DAI’E aMoEbA!!?? EUWW..

AMIBE



                                                
 Ya, da’ie amoeba… begitulah seorang da’ie disifatkan seperti amoeba yang kelihatan lembut serta bentuknya yang menjijikkan. Maka ingin sekali saya suka kongsikan serba sedikit tentang protozoa yang “menjijikkan” ini kepada semua…… maka bermulalah kisah….(shuuuu~~)

KETURUNAN AMOEBA(ok ingat salasilah benda ni…masuk kuiz ye, kuiz kehidupan>.<)
Asal usul amoeba ini diambil sempena nama Amibe(Greek God Proteus), nama tuhan yang mampu berubah bentuk mengikut keadaan. Disebabkan itu amoeba digelar “SHAPE SHIFTER”(pengubah bentuk) Interesting  bukan^^?? Secara terperinci lagi bendalah ini merupakan ciptaan tuhan yang nampak biasa-biasa sahaja, tetapi struktur badannya yang mempunyai pelbagai fungsi yang unik. Nak tahu lebih lanjut?? KLIK SINUN>>>MuCus

{ANTARA DA’IE, DAKWAH, TARBIYYAH DAN AMOEBA??}
 (APA YANG AKU DAPAT??...-__-‘) Baiklah rakan seperjuangan saya sekalian. Kalian harus sedar itulah(amoeba) mencerminkan realiti masyarakat Islam seperti kita yang bergelar DA’IE( CAPS LOCK HABISS) di mana agama Islam itu menjadi suatu agama yang asing dalam kehidupan saya,aku,kau,dia,mereka dan kita. Maka benarlah sebagaimana hadis Rasulullah(Allahumma solli ‘Ala Muhammad) dalam sabda baginda:
” Islam itu datang sebagai berdagang dan kembali dalam keadaan berdagang.”

Akan tetapi, seorang pendakwah perlu mengambil pengajaran daripada ciptaan Ilahi ini(amoeba). Walaupun lembut macam “jelly”, kita lihat bagaimana makhluk ini menghampiri sasarannya dengan “step by step”. Di sini kita dapat lihat apakah method yang sesuai kita lakukan sepertimana amoeba ini boleh buat:
1)Amoeba:
Mai Singgah^^

Mula-mula sekali, langkah meng “approach” pun bermula. Secara perlahan ia menghampiri selari dengan pergerakannya yang tidak terburu-buru untuk “NGAP” makanannye.

Da’ie:
Adalah perlu untuk kita menyesuaikan diri dengan persekitaran serta  kita bergantung pada langkah kita menghampiri mereka. Bermula dengan siapa kita berkawan, bagaimana keadaan di tempat kita berada tetapi jangan sesekali kita terpengaruh dengan kawan yang kurang “sweet” akhlaknya. Kawan boleh, ikut?? NONONO.

 2) Amoeba:
Bermulanya “enclosed”(mendekati). sasarannye dilitupi apabila betul-betul berhampiran. Bukan secara drastic macam makanan segere tetapi betertib(cewwaahh). Cuba tengok betul-betul gambar ataupun video bagaimana “benda” ini lakukan^^.
Da’ie:
Maka permulaan yang baik untuk “engulf” kawan atau rakan atau sahabat kita ini adalah dengan mengenali mereka, memahami mereka atau “LISTEN TO THEM”. Ya, mendengar segala kisah mereka kerana secara fitrahnya manusia ini ingin sekalai untuk didengari. So, LISTEN!! Hehehe.

3) Amoeba( huh penat type benda yang sama-_-‘…kuatkan HATI!!):
“Digest”(mencerna), itulah langkah seterusnya yang dilakukan. Biar tiada satu habuk pun yang tertinggal. Mencerna “makanannya” dengan enzyme yang wujud dalam badannya agar tidak terlepas segala nutrisi yang ada.
Da’ie:
Ha apa lagi, “digest” la sasaran anda!! Tetapi!! Gunakan enzyme yang ade dalam tubuh badan anda yang anda telah peroleh(tarbiyyah,ilmu,amal) barulah dapat basuh sesental yang boleh^^. Biarlah berhikmah kerana itu amat perlu.

4) Amoeba:
Yeay!! Last sekali, “secrete”(euww). Jangan geli sangat sebab apa yang dilepaskan hasil pencernaan tadi amat berguna kepada makhluk yang lain. Begitulah amoeba, sangat asing tetapi unik>.<.
Dai’e :
Sebagai seorang pendakwah pula, kita akan merasai hasil tuaian setelah memenuhi langkah-langkah di atas.Insyallah apa yang kita impikan dan kita laksanakan akan dirasai bersama-sama masyarakat seperti setitik nila yang mampu merosakkan susu sebelanga. Jangan jadi nila yang merosakkan susu tersebut tetapi jadilah gula yang mampu memaniskan susu itu.

Sebagai pesanan untuk kita renungi, Allah telah befirman:
Pantaskah aku mencari hakim selain Allah, padahal Dialah yang menurunkan kitab(Al-Qur’an) kepadamu secara terperinci? Orang-orang yang telah Kami berikan kitab mengetahui bahawa (Al-Qur’an) itu diturunkan oleh Tuhanmu dengan benar. Maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu”
(Al-An'am,6:114).

Kesimpulannya seorang da’ie jangan berasa ragu-ragu dengan apa yang disampaikan. Dan sebaik-baik penyelesaian adalah dengan merujuk kepada Al-Qur’an itu sendiri serta penyampaiannya pula perlu berhikmah(kebijaksanaan) kerana hikmah itu lebih tinggi daripada ketinggian ilmu(kalau ilmu tinggi tapi tidak digunakan secara berhikmah maka sia-sia ilmu yang dipelajari). Bahkan salah seorang daripada Khulafa’ Ar-Rasyideen saidina Umar Al-khattab sendiri sentiasa merujuk semula kepada kitab yang diturunkan dan tiada cacat cela padanya. Bukan baginda sahaja malah sahabat-sahabat yang lain juga menjadikan ayat Allah ini bukan sekadar rujukan tetapi sebagai pembidas hujah-hujah yang dileparkan oleh kaum musyrikin.
Dai’e=Amoeba….setuju^^?? Sama-sama tengok diri sendiri, lembut tak... ~FASTABIQUL KHAIRAT~
Wallahua’lam
KUIZ: DARE TO CHANGE??

Nukilan : Mohd Saiful Iman

Thursday 3 January 2013

Kem Gen Q 'A Step Forward'


Pendafataran Kem Gen Q 'A Step Forward' sudah dibuka khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM




Pendaftaran online di sini

Maklumat lanjut mohon hubungi:

Khalid: 019-7575136
Norashidah: 013-4029825


Jumpa di sana ye adik-adik :)


Tuesday 1 January 2013

Sambutan Tahun Baru


ISLAM tidak menegah acara sambutan tahun baru asalkan aktiviti sambutan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat Islam. Ironinya, amat mendu-kacitakan sambutan tahun baru kebanyakannya bercanggah dengan syariat Islam dan budaya Melayu. Banyak acara hiburan, tari menari, percampuran bebas lelaki perempuan, minum arak dan keriangan mengasyikkan.

Fenomena ini perlu dibendung, bukan saja masa sambutan, bahkan pada bila-bila masa. Islam mementingkan hidup berlandaskan syariat untuk mencegah perkara buruk.
Muda mudi kita terikut-ikut dengan budaya masyarakat lain yang berpunca daripada kelemahan pegangan akidah. Pengaruh asing yang masuk melalui media massa dan pengalaman hidup di luar negara, serta kegagalan menanam kefahaman agama menjadi punca keruntuhan moral anak muda yang semakin parah.

Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sesat yang sejauh-jauhnya. – Surah an-Nisa, Ayat 60)

Syaitan sentiasa mengambil kesempatan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara, termasuk aktiviti seperti sambutan tahunan itu. Tugas syaitan menjadi mudah kerana ‘budaya’ dan ‘kebiasaan’ diamalkan setiap tahun menjadi ikutan tanpa syaitan perlu berkerja keras memujuk manusia melakukan kejahatan dan dosa.

Syaitan mahu menyesatkan seseorang dengan kesesatan yang paling berat. Sebab itu setiap kejahatan yang dilakukan akan berulang dan ditambah pula dengan kesalahan lain. Manusia yang tunduk dengan hasutan syaitan merasa bangga melakukan kejahatan dengan alasan untuk rasa gembira.

Firman Allah bermaksud: “Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sesat yang sejauh-jauhnya.” – (Surah an-Nisa, ayat 60)

Hanya orang benar-benar beriman dan bertakwa mampu menangkis segala serangan dan hasutan syaitan biarpun tidak melihat di mana syaitan itu berada. Hidup dalam era moden ini mendedahkan manusia dengan jerat syaitan yang sesuai dengan budaya hidup diamalkan masyarakat lain.

Kejatuhan sesebuah bangsa dan negara berpunca daripada musnahnya nilai murni dalam amalan hidup rakyatnya. Masalah ini akan menjadi parah jika pencegahan dan pemulihan awal tidak dilakukan segera.

Sambutan tahun baru hendaklah dilakukan dengan menerima hakikat bahawa kita telah memasuki satu tempoh fasa baru yang memerlukan semangat, iltizam dan cita-cita untuk menghadapinya.

Orang Islam perlu menyambut tahun baru dengan identiti yang membanggakan. Jauhkan diri daripada terikut-ikut dengan sambutan yang dilakukan oleh penganut agama lain. Sabda Rasulullah bermaksud: “Bahawa sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” (Hadis riwayat Abu Daud).

Harapnya kita semua termasuk dalam golongan yang beruntung di dunia dan akhirat. Masa yang berlalu dipenuhi dengan amal kebaikan dan masa bakal ditempuh pula dirancang untuk diisi dengan amalan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Allah memberi peringatan agar mementingkan masa. Maksud firman Allah: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” – (Surah al-Ashr, ayat 1 hingga 3)

Tahun baru sepatutnya dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang sudah dilalui sepanjang setahun. Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang sesuatu lebih baik untuk tahun seterusnya.

Berusaha mengubah kepada lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa. Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna telah mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.

Namun, azam baik tidak seharusnya ditunggu hanya apabila sambutan tahun baru. Setiap masa kita dituntut untuk melakukan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelumnya. Jika sudah melakukan kesilapan, segera memperbaikinya.

Sekiranya ia membabitkan dosa, sebaik menyedarinya hendaklah terus bertaubat yang menjadi lambang atau tanda tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu. Salah satu tanda taubat ialah berazam meninggalkan amalan buruk dan beralih melakukan perbuatan baik.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambahlah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya.” – (Hadis Riwayat Ahmad)
-islamituindah.my-

Muhammad Afif Mohd Nasir