Pada 18 Februari 2014 yang lepas, IKRAMTEENS
Negeri Sembilan dengan kerjasama IKRAM SISWA dijemput untuk memberi pengisian
kepada pelajar tahun 6 yang telah dianjurkan
oleh Sekolah Rendah Sri As-Saidiyyah, Senawang, Negeri Sembilan. Seramai
50 orang pelajar tahun 6 telah mengikuti program ini. Program ini merupakan
program tahunan Sekolah Rendah Sri As-Saidiyyah khas untuk pelajar-pelajar
tahun 6 mereka.
Kami
telah membahagikan slot kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, merupakan slot
taaruf. Akhi Adib telah mengisi slot ini dengan membawa erti taaruf pada diri
seorang pelajar. Seseorang manusia itu perlu mengetahui siapa diri mereka dan
apa tujuan mereka. Walaupun kita seorang pelajar,kita tidak dapat lari dari
tanggugjawab untuk belajar dan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Slot taaruf
ini diberi agar para pelajar faham dan bersemangat dalam meneruskan kehidupan
sebagai seorang pelajar dan hamba.
Slot
kedua disampaikan oleh Akhi Faridunnaim. Slot ini adalah slot motivasi yang
bertajuk “Membentuk Peribadi, Akhlak
Terpuji”. Para pelajar telah didedahkan tentang keperibadian pelajar cemerlang,
anak soleh dan hamba terpuji. Tujuannya, agar para pelajar mengambil dan
mengamalkan akhlak-akhlak mulia ini sepanjang hidup mereka. Didalam slot ini,
telah diselitkan aktiviti permainan dan kisah-kisah para pejuang islam sebagia
ibrah untuk mereka.
Slot
terakhir adalah slot muhasabah. Slot istimewa ini dibawa khas oleh seorang
bekas pelajar senior Maahad Tahfiz As-Saidiyyah iaitu Akhi Afham. Muhasabah ini
bertujuan agar para pelajar mengimbas kembali detik-detik permulaan meraka
dilahirkan didunia ini, iaitu dari ibu bapa mereka sendiri. Sifat manusia yang
ego amatlah sukar untuk ditundukkan. Dengan bermuhasabah mampu membina semula
akhlak,iman,peribadi dan hati.
Tuntasnya,
walaupun diri kita kecil, tak semestinya kita tidak mampu lakukan apa-apa.
Buktinya, ramai sejarawan Islam yang berjaya dan cemerlang pada usia muda dan berjaya bukan pada perkara yang kecil-kecil malahan yang besar-besar. Yakin dan
percayalah pada diri sendiri dan pada Allah yang mencipta kita. Walau sekecil
manapun usaha kita, ia tetap dikira Allah.
![]() |
Barisan bakal-bakal pemimpin yang akan meneruskan perjuangan menyampaikan risalah dakwah ini. |
![]() |
Bergambar kenangan... Dari kiri : Akhi Imran, Akhi Afham, Ustaz Farhan, Akhi Adib, Akhi Faridunnaim, tak lupa jurugambar..:-) |
![]() |
Jazakallahu khairan kathira kepada SRIAS atas cenderahati yang diberi. |