AMIBE
|
Ya, da’ie amoeba… begitulah seorang da’ie disifatkan seperti amoeba yang kelihatan lembut serta bentuknya yang menjijikkan. Maka ingin sekali saya suka kongsikan serba sedikit tentang protozoa yang “menjijikkan” ini kepada semua…… maka bermulalah kisah….(shuuuu~~)
KETURUNAN AMOEBA(ok ingat salasilah benda ni…masuk kuiz ye, kuiz kehidupan>.<)
Asal usul amoeba ini diambil sempena nama Amibe(Greek God Proteus), nama tuhan yang mampu berubah bentuk mengikut keadaan. Disebabkan itu amoeba digelar “SHAPE SHIFTER”(pengubah bentuk) Interesting bukan^^?? Secara terperinci lagi bendalah ini merupakan ciptaan tuhan yang nampak biasa-biasa sahaja, tetapi struktur badannya yang mempunyai pelbagai fungsi yang unik. Nak tahu lebih lanjut?? KLIK SINUN>>>MuCus
{ANTARA DA’IE, DAKWAH, TARBIYYAH DAN AMOEBA??}
(APA YANG AKU DAPAT??...-__-‘) Baiklah rakan seperjuangan saya sekalian. Kalian harus sedar itulah(amoeba) mencerminkan realiti masyarakat Islam seperti kita yang bergelar DA’IE( CAPS LOCK HABISS) di mana agama Islam itu menjadi suatu agama yang asing dalam kehidupan saya,aku,kau,dia,mereka dan kita. Maka benarlah sebagaimana hadis Rasulullah(Allahumma solli ‘Ala Muhammad) dalam sabda baginda:
” Islam itu datang sebagai berdagang dan kembali dalam keadaan berdagang.”
Akan tetapi, seorang pendakwah perlu mengambil pengajaran daripada ciptaan Ilahi ini(amoeba). Walaupun lembut macam “jelly”, kita lihat bagaimana makhluk ini menghampiri sasarannya dengan “step by step”. Di sini kita dapat lihat apakah method yang sesuai kita lakukan sepertimana amoeba ini boleh buat:
1)Amoeba:
Mai Singgah^^
|
Mula-mula sekali, langkah meng “approach” pun bermula. Secara perlahan ia menghampiri selari dengan pergerakannya yang tidak terburu-buru untuk “NGAP” makanannye.
Da’ie:
Adalah perlu untuk kita menyesuaikan diri dengan persekitaran serta kita bergantung pada langkah kita menghampiri mereka. Bermula dengan siapa kita berkawan, bagaimana keadaan di tempat kita berada tetapi jangan sesekali kita terpengaruh dengan kawan yang kurang “sweet” akhlaknya. Kawan boleh, ikut?? NONONO.
2) Amoeba:
Bermulanya “enclosed”(mendekati). sasarannye dilitupi apabila betul-betul berhampiran. Bukan secara drastic macam makanan segere tetapi betertib(cewwaahh). Cuba tengok betul-betul gambar ataupun video bagaimana “benda” ini lakukan^^.
Maka permulaan yang baik untuk “engulf” kawan atau rakan atau sahabat kita ini adalah dengan mengenali mereka, memahami mereka atau “LISTEN TO THEM”. Ya, mendengar segala kisah mereka kerana secara fitrahnya manusia ini ingin sekalai untuk didengari. So, LISTEN!! Hehehe.
3) Amoeba( huh penat type benda yang sama-_-‘…kuatkan HATI!!):
“Digest”(mencerna), itulah langkah seterusnya yang dilakukan. Biar tiada satu habuk pun yang tertinggal. Mencerna “makanannya” dengan enzyme yang wujud dalam badannya agar tidak terlepas segala nutrisi yang ada.
Da’ie:
Ha apa lagi, “digest” la sasaran anda!! Tetapi!! Gunakan enzyme yang ade dalam tubuh badan anda yang anda telah peroleh(tarbiyyah,ilmu,amal) barulah dapat basuh sesental yang boleh^^. Biarlah berhikmah kerana itu amat perlu.
4) Amoeba:
Yeay!! Last sekali, “secrete”(euww). Jangan geli sangat sebab apa yang dilepaskan hasil pencernaan tadi amat berguna kepada makhluk yang lain. Begitulah amoeba, sangat asing tetapi unik>.<.
Dai’e :
Sebagai seorang pendakwah pula, kita akan merasai hasil tuaian setelah memenuhi langkah-langkah di atas.Insyallah apa yang kita impikan dan kita laksanakan akan dirasai bersama-sama masyarakat seperti setitik nila yang mampu merosakkan susu sebelanga. Jangan jadi nila yang merosakkan susu tersebut tetapi jadilah gula yang mampu memaniskan susu itu.
Sebagai pesanan untuk kita renungi, Allah telah befirman:
“Pantaskah aku mencari hakim selain Allah, padahal Dialah yang menurunkan kitab(Al-Qur’an) kepadamu secara terperinci? Orang-orang yang telah Kami berikan kitab mengetahui bahawa (Al-Qur’an) itu diturunkan oleh Tuhanmu dengan benar. Maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu”
(Al-An'am,6:114).
Kesimpulannya seorang da’ie jangan berasa ragu-ragu dengan apa yang disampaikan. Dan sebaik-baik penyelesaian adalah dengan merujuk kepada Al-Qur’an itu sendiri serta penyampaiannya pula perlu berhikmah(kebijaksanaan) kerana hikmah itu lebih tinggi daripada ketinggian ilmu(kalau ilmu tinggi tapi tidak digunakan secara berhikmah maka sia-sia ilmu yang dipelajari). Bahkan salah seorang daripada Khulafa’ Ar-Rasyideen saidina Umar Al-khattab sendiri sentiasa merujuk semula kepada kitab yang diturunkan dan tiada cacat cela padanya. Bukan baginda sahaja malah sahabat-sahabat yang lain juga menjadikan ayat Allah ini bukan sekadar rujukan tetapi sebagai pembidas hujah-hujah yang dileparkan oleh kaum musyrikin.
Dai’e=Amoeba….setuju^^?? Sama-sama tengok diri sendiri, lembut tak... ~FASTABIQUL KHAIRAT~
Wallahua’lam
KUIZ: DARE TO CHANGE??
Nukilan : Mohd Saiful Iman
No comments:
Post a Comment