Bagi seorang anak, antara manusia yang cukup rapat dengan dirinya adalah ibu dan bapanya. Justeru itu, apa saja perilaku sang bapa dan sang ibu cukup menjadikan seorang anak itu tertarik dengannya. Maknanya, apa sahaja yang ditunjukkan contoh seorang bapa kepada anak, pasti akan memberikan kesan kepada anak tersebut. Jika baik contohnya, insya Allah baiklah ikutan sang anak dan begitulah sebaliknya. Hinggakan, contoh yang diberikan tersebut, menjadikan seorang anak mengatakan bahawa ibu dan bapanya adalah manusia yang cukup lengkap atau perfect di sisinya. Tidak hairanlah, seorang anak lelaki yang sudah berkahwin, pasti tidak henti-henti masih lagi memuji masakan ibunya di depan isterinya. Sesedap mana pun masakan si isteri, masakan ibunya jugalah masih yang terbaik. Begitu juga seorang anak perempuan yang sudah berkahwin, pasti juga akan melakukan perbandingan antara suaminya dengan bapanya. Jika bapanya dianggap sebagai role model, pasti diharap juga, si suaminya begitu atau lebih baik lagi.
Pujian seorang anak terhadap masakan ibunya di hadapan isterinya, bukanlah bermakna untuk memperlekehkan kemampuan seorang isteri. Pujian tersebut merangkumi dua sebab; Pertama: Pujian itu mengharapkan si isteri berusaha untuk belajar daripada ibu mertuanya agar resepi-resepi tersebut boleh diwarisi. Kedua: Itu menggambarkan lumrah. Mana mungkin masakan seorang wanita yang dikahwini baru 2-3 tahun mampu menandingi masakan ibunya selama lebih 20 tahun yang sudah sebati dengannya. Justeru itu, seorang isteri tidak seharusnya berkecil hati kerana, anak-anaknya nanti mungkin akan melakukan perkara yang sama. Jika suaminya amat menyanjung masakan ibu mertuanya, tidak mustahil anak-anaknya juga akan menyanjung masakannya apabila mereka sudah berkahwin.

Di sebalik pujian menggunung itu, pasti juga si suami akan bersifat redha akan kemampuan isterinya seperti redhanya bapanya kepada ibunya. Mana ada manusia yang bersifat sempurna yang boleh memuaskan semua kehendak pasangannya. Seorang lelaki pasti inginkan isteri yang pakej lengkap dari segi agama, kecantikan, keturunan dan harta tetapi, meskipun memperolehinya, itu sebenarnya tidak menjamin seorang lelaki itu puas akan segala-galanya. Bagaimana seseorang itu mahukan isteri yang sehebat Fatimah sedangkan dirinya tidak sehebat Ali.
Begitu juga dengan dakwah kita. Mana ada gerakan atau jemaah yang sempurna, naqib yang perfect dan ikhwah akhwat yang hebat dalam semua segi. Pasti ada kelemahan dalam beberapa segi. Kalaulah kita mencari golongan yang perfect semata-mata, pasti tidak akan ketemu. Rasulullah sendiri pada zaman baginda, hanya bagindalah manusia yang sempurna dan menjadi rujukan para sahabat. Para sahabat sendiri pun tidak mampu menandingi kehebatan baginda, cuma kelebihan mereka ialah mereka selalu berdamping dengan Rasulullah. Di samping kelebihan dan kekurangan yang ada pada para Sahabat, Rasulullah tetap memanfaatkan mereka secara optimum di dalam dakwah.
Firman Allah: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Ali-Imran, 3: 103 – 104)
Justeru itu, bukanlah kesempurnaan yang dicari dalam melakukan dakwah ini tetapi bagaimana peranan pendakwah itu sendiri mewujudkan kekuatan dalam dakwah. Oleh itu, marilah sama-sama meneruskan perjuangan di samping melakukan pengislahan, moga-moga kita bersama merasai nikmatnya berdakwah ini kelak.
Wallahua’lam.
Hasil Nukilan,
Abu Hanifah bin Mohd Kamal
No comments:
Post a Comment