Terlalu banyak kalimah Rabb yang
termaktub di dalam kalam-NYA yang mencerita dan menjanjikan kemenangan yang
sebenar bagi orang-orang yang berjuang dan memperjuangkan agama yang mulia ini.
Ayat itu ayat ini..surah itu surah ini…Nah sudah cukup rasanya untuk menidakkan
kehadiran kita di dalam barisan kemenangan ini namun realiti hari ini
menyaksikan orang kebanyakkan tidak sedar kedahsyatan tawaran ini yang mana
jika dihebahkan sehingga faham, saya pasti manusia lebih tertarik untuk bersama
dengannya.
Lebih membarah sekiranya yang sudah
kenal apa itu tarbiah dan sudah ‘masak’ dengan daurah dan khatibah, beranggapan
sudah cukup baik sebenarnya berada dalam assabiyah kebaikkan, tidak perlu
lebih-lebih. “Allah tidak membebani umatnya melebihi kemampuannya…”kalau inilah
hujah yang acapkali diulang-ulang, saya tidak mahu paksa, teruskan dengannya.
Cuma anda sebenarnya sudah terlalu hampir namun tidak cukup untuk menikmati
kelazatan kepenatan itu.
Namun suka untuk saya coretkan satu
pesanan yang saya kira cukup layak untuk si penuturnya menuturkan
kata-kata ini.
“Barangsiapa yang telah
berazam dalam hidupnya, untuk hidup bersama dengan agamanya, maka dia akan
hidup dalam kelelahan. Namun bagaimanapun (walau lelah) dia hidup dalam
keagungan dan menjemput kematian dalam keagungan”.
Sosok tubuh yang saya mimpikan untuk
jadi sepertinya ialah As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Rujuklah banyak bahan
samada di internet mahupun buku-buku kisah perjuangan beliau yang telah
menikmati kelelahan itu demi menegakkan agamaNYA sehinggakan 3 butir peluru
berpandu Israel laknatullah pun mencemburuinya. Dengan kerusi roda dan
selendang itulah beliau diarak ke sana ke sini memberi nur agama buat yang
mendambakannya. Penghujung hidupnya bertemukan syahid yang kita semua heboh-hebohkan.
Wah jelousnya!
Hidup seharian sebagai insan yang
inginkan kebaikkan kepada umat memang memenatkan sehingga kadang-kadang si
suami mengelah isteri mendengar juga sebaliknya, itu lumrah.Berpagian sehingga
ke lewat malam ada sahaja perencanaannya. Bukan itu sahaja, kewangan juga
merasai kelelahan itu sehinggakan cukup bulan duit simpanan sekadar cukup minum
kopi di kedai mamak sahaja setelah banyaknya duit masuk ke poket dakwah.
“Wah kesiannya. Hidup apa seperti
ini? “
Namun yakinlah sudah ramai manusia
hebat yang telah melalui kepayahan dan kepenatan ini dan mereka berjaya di
neraca Allah. Bukankah itu juga yang kita cemburukan?
Ayuh bersemangatlah!
Pilihlah jalan yang terbaik untuk
penghidupan anda di akhiran nanti. Inshallah mudah-mudahan kita jumpa di sana.
Hasil Nukilan,
Amir Farid Bin Sabuddin
No comments:
Post a Comment