Al-Bara’ bin Malik Al-Ansori
“Rambutnya kerinting, tubuhnya kurus keding
dan kulitnya cukup hitam. Orang memandang lekeh kepadanya dan segan
bertemu dengan dia…”
Tetapi walaupun begitu, dia telah membuktikan
keberaniannya sanggup menewaskan ratusan orang musyrik dalam beberapa
kali perang tanding satu lawan satu. Belum termasuk yang ditewaskannya
dalam perang berkecamuk
“Jangan kamu lantik Al-Bara’ memimpin tentera Islam,
kerana bimbang dia akan membinasakan tentera musuh lantaran keberaniannya.”
(Khalifah Umar Al-Khattab RA)
LATAR BELAKANG
- Al-Bara’
bin Malik bin Al-Nadhir
- Berasal
dari Bani Khazraj
- Ibunya
bernama Ghumaiso’ binti Milhan (Ummu Sulaim RA)
- Abang
kepada Anas bin Malik RA
- Meninggal
dunia 640 M dalam Perang Tustar.
Perang Yamamah
- Sesudah
kewafatan Nabi SAW, ramai penduduk semenanjung Arab murtad kecuali di Makkah,
Madinah & Thaif.
- Kelompok
terbesar yg murtad adalah Bani Hanifah. Diketuai oleh Musailamah
Al-Kazzab.
- Terdiri
daripada 40 000 perajurit yg kental & berpengalaman berperang.
- Mereka
mengikut Musailamah bukan kerana percaya kepada kebenarannya, tapi atas fanatik
kesukuan.
- Abu
Bakar RA membentuk 11 pasukan tentera & arahkan agar
perangi kaum murtad ini. Pasukan pertama menyerang dipimpin oleh Ikrimah
bin Abu Jahal RA (Serangan dipatahkan & beliau syahid).
- Kemudian,
datang pasukan Khalid Al-Walid yg di dalamnya terdapat Al-Bara’
bin Malik.
- Perang
berlangsung, tentera Musailamah lebih unggul & berjaya menyerbu
hingga ke perkhemahan Khalid. Isteri Khalid nyaris terbunuh.
- Khalid
segera mengubah taktik. Beliau bahagikan tentera Islam mengikut
kelompok desa & dilantik seorang ketua dari mereka.
- Tentera
Islam menyerbu lagi, kali ini dengan kemampuan yang berbeza.
- Pihak
Musailamah pula terpaksa bertahan & korban dari mereka makin melebar.
- Tsabit
bin Qais RA pikul bendera Ansar. Lilit badannya dgn kain kafan &
tanam kakinya hingga lutut sambil kibarkan bendera Ansar hingga syahid.
- Salim
Abu Hudzaifah RA (pembawa bendera Muhajirin) syahid setelah menyerbu
dgn beraninya.
- Begitu
juga Zaid bin Al-Khattab RA syahid dgn beraninya.
- Ketika
pertempuran semakin berkobar, Khalid RA berpaling kpd Al-Bara’ &
perintahkan: “Kerahkan
mereka, hai pemuda Ansar!”
- Al-Bara’
pun menyeru: “Wahai kaum Ansar, Jangan kalian berfikir-fikir hendak
kembali ke Madinah. Tidak ada lagi Madinah sesudah hari ini. Ingatlah
kepada Allah semata-mata. . kemudian kepada syurga.”
- Musailamah
& tenteranya terdesak & berundur ke KEBUN MAUT.
- Pagarnya
tinggi & kukuh. Musailamah dan puluhan ribu tentaranya mengunci
pintu rapat-rapat dari dlm. Mereka bertahan dlm kebun itu seperti dlm
benteng. Dari puncak pagar mereka menghujani kaum muslimin yang berusaha
masuk kebun dengan panah.
- Idea
Al-Bara’: “Angkat saya dgn galah & lindungi saya dgn perisai dari
panah-panah musuh. Sesudah itu lemparkan saya ke dlm kebun dekat pintu.
Biarlah saya syahid utk membukakan pintu bagi kalian.”
- 10
orang lemparkannya ke dlm KEBUN MAUT.
- Al-Bara’
meluncur di atas ribuan tentara Musailamah. Tiba sahaja di seberang terus
menghayun pedangnya membunuh 10 org penjaga pintu.
- Al-Bara’
segera membukakan pintu bagi kaum muslimin yg segera menyerbu ke dlm.
- Tentera
Islam berjaya menghancurkan kekuatan tentera murtad. 20 000 org terbunuh
termasuk Musailamah.
- Al-Bara’
mendapat 9 luka dalam di seluruh tubuhnya. Beliau segera dinaikkan
ke atas kenderaan utk diubati.
- Khalid
RA merawatnya selama sebulan, barulah luka Al-Bara’ sembuh.
Perang Tustar
- Al-Bara’
terus menceburkan diri dlm peperangan utk memperoleh ganjaran syahid.
- Ketika
pembebasan Kota Tustar di Parsi, tentera Parsi berlindung di benteng
yg kukuh.
- Temboknya
tinggi, besar, pintunya kuat & kukuh.
- Tentera
Muslimin mengepung benteng itu dgn ketat hingga menyulitkan Tentera
Parsi.
- Mereka
hulurkan cangkuk-cangkuk yg besi panas membara dari atas tembok
& mengaitkan tentera Islam ke atas.
- Tentera
Islam yg terkait diangkat ke atas. Ada yg terbunuh akibat kepanasan yg
teramat sgt.
- Tiba-tiba
Anas bin Malik RA terkait oleh cangkuk besi panas itu.
- Al-Bara’
RA lantas melompat ke dinding benteng lalu memegang cangkuk panas itu
& cuba melepaskannya dari badan adiknya.
- Akhirnya
cangkuk itu terlepas dari badan Anas RA, sebaliknya tangan Al-Bara’ RA
terbakar hingga daging-dagingnya hancur meninggalkan tulang.
- Dlm
keadaan itulah, beliau menemui syahid yg diidam-idamkannya selama
ini…
“Sesungguhnya orang2 yg
beriman & mengerjakan amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik
makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga ‘Adn yg mengalir
di bawahnya sungai2; mereka kekal di dlmnya selama-lamanya. Allah redha
terhadap mereka & mereka pun redha kpd-Nya. Yg demikian itu adalah (balasan)
bagi orang yg takut kpd Tuhannya.”
(Al-Bayyinah 98: 7 -8)
# Sila jawab soalan perbincangan berikut dan bentangkan dalam bentuk peta minta dalam sesi perbentangan kumpulan.
• Berdasarkan kisah ini, terangkan ciri2 watak utama beserta contoh.
• Pengajaran yg
boleh
diambil
dari
kisah
ini
• Sebagai pemuda
yang punya
tenaga,
masa,
bakat,
kemahuan
yg
tinggi,
idea, semangat,
akal,
dll. ; bagaimana
kita manfaatkan
pemberian
Allah ini
?
- Sebagai
anak,
- Sebagai pelajar,
sahabat
- Sebagai anggota
masyarakat
~Urusetia JMG Siri 3~