Tarbiyah
Islamiyah adalah langkah pendidikan, pembinaan dan pembentukan keperibadian
yang teratur, terarah, sistematis dan terprogram secara berkesinambungan
sepanjang hayat. Program tarbiyah Islamiyah bertumpu pada dua manhaj sehingga
menjadi dapat menjadi program yang jelas iaitu manhaj 'ilmi (tu'allimuunal
kitaab) dan manhaj 'amali (tadrusuun) sebagaimana firman Allah:
"Jadilah kamu generasi Rabbani - yang sempurna iman dan
taqwanya, kerana kamu sentiasa mengajarkan kitab dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya." (Ali-Imran, 3: 79)
Generasi
Rabbani adalah generasi yang sentiasa melakukan tarbiyah sepanjang hidupnya.
Bukan sekadar mengaji dalam erti membaca al-Quran, tapi lebih dari sekadar itu.
Ia juga selalu menyampaikannya kepada orang lain, bahkan ia pun sentiasa
mempelajarinya. Sehingga generasi rabbani inilah yang dikatakan oleh Rasulullah
sebagai sebaik-baik manusia.
"Sebaik-baik
kalian adalah orang yang sentiasa mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya
kepada orang lain." (HR
Bukhari)
Jadi,
generasi rabbani secara automatiknya adalah generasi Al-Quran kerana akrab
dengan Al-Quran, menjadi pembelajar dan pengajarnya.
Generasi
Al-Quran ini disebut oleh Syed Qutub sebagai generasi unik, Jailul
Qurani Al-Farid. Mengapa? Kerana Al-Quran menjadi ruhnya. Al-Quran
keperibadiannya. Al-Quran sumber asasi hidupnya. Al-Quran pula yang merevolusi
kehidupannya. Al-Quran akhlaknya. Sebagaimana beliau ungkapkan dalam kitab
Ma'alim Fith Thoriq (Petunjuk Sepanjang Jalan). Maka, bila kekuatan Al-Quran telah
menyatu dalam peribadi muslim, maka ia akan menjadi peribadi yang unik dan
dahsyat.
Generasi
para sahabat menjadi contoh yang terbaik di mana golongan ini diakui sebagai
generasi yang hebat dalam sejarah tamadun manusia. Apa rahsianya? Itulah
generasi Al-Quran. Generasi yang seterusnya yang membawa kegemilangan Islam
seperti Salahudin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh, juga merupakan generasi
Al-Quran yang hebat.
Islam
hanya bangkit apabila kita mencontohi dan menjejaki Generasi Al-Quran.
Bukan hanya tahu dan hafal temanya sahaja tapi perlu dihadam dan diredam agar
ianya benar-benar menjadi kenyataan.
Wallahua'lam
"Impian Semalam adalah Kenyataan Pada
Hari Ini,
Impian Hari Ini adalah Kenyataan Pada Hari
Esok"
Abu Hanifah bin Mohd Kamal
http://imam-abuhanifah.blogspot.com/2012/11/menjejaki-generasi-al-quran-in.html
http://imam-abuhanifah.blogspot.com/2012/11/menjejaki-generasi-al-quran-in.html